ZULAISYA

Bila Dua Dunia Bersatu

Pengalaman Pertama dgn MLM

Pengalaman Pertama dgn Multi Level Marketing (sebelum aku jumpa Herbalife). Tahun 2008 kalau tak silap aku. Masa tu aku masih blaja lagi baru 2nd year ada sorang member lama introduce aku ngan MLM yg bernama S**. Member aku mungkin dah lama jugak la kot dalam bisnes tu pasal dia dah kenal ramai org dalam tu.

So, dipendekkan cerita aku pergi la event dorang. Memang happening, aku suka. Environment positif, semua org ramah tak lokek berkongsi pengalaman. Aku agak jatuh hati jugak la masa tu, memang ada niat nak join. Yang peliknya dorang tak tekankan sangat pasal produk, dalam hati aku pun ada tertanya-tanya apa bisnes dorang ni sebenarnya. Yang aku nampak cuma perfume ala2 aromaterapi. Nak join lebih kurang dalam RM2000++ camtu la. So, aku pun tanpa pikir panjang beria2lah cari duit untuk join MLM tu.

Bila dah dapat kumpul amount yg diperlukan, aku tiba2 plak ada rasa ragu2 betul ke apa yg aku buat ni. Aku analyse balik, ada something dalam company ni yg against my value (tapi aku taknak nyatakan disini). Dan ditambah pula dgn upline member aku tu yg agak mendesak and macam tak sabar2 nak aku join. Duit dah ready, tapi aku belum buat keputusan lagi. At last, aku decide utk tak join sebab ada something wrong somewhere yg aku rasakan dgn company ni.

Baru-baru ni aku tanya member aku tu dia masih teruskan bisnes tu ke tak, cuba teka apa jawapan nya? TAK.

Betul lah apa yg aku sangkakan. Patut lah aku rasa ragu2 nak join, aku hanya perlukan selangkah lagi utk join tapi aku tak buat. Takpe. Alhamdulillah. Banyak jugak ilmu yg aku dapat dari MLM tu, yg lepas tu membuka mata aku bahawa bisnes MLM ni (tapi bukan yang ni) boleh membina masa depan aku.

Tinggalkan komen »

Impian

Semua orang ada impian masing2. Tak terkecuali aku. Impian aku simple je, nak jadi jutawan sebelum umur 30. Sekarang umur aku 25, bermakna aku ada 5 tahun lagi untuk capai impian tu.

Setiap kali aku bagitau impian ni pada seseorang, akan ada macam2 reaksi yg akan dorang bagi. Mostly, reaksi negatif. From what I read, orang yg mentertawakan atau merendah2kan impian orang lain sebenarnya dia pernah/sudah berputus asa dgn impiannya sendiri. Mungkin sebab tu dia nak orang lain jadi macam dia jugak. I dunno if this is true. What about you?

Pernah kah korang rasa impian korang makin kecil setiap hari, dari nak berangan beli kereta Ferrari tukar pulak ke kereta tempatan. Bukan maksudnya kereta tempatan tak bagus. Come on. We are talking about dreams here. Kalau dulu masa nak exam aku target dapat 100 markah memang kompom tak dapat tapi aku akan dapat A dgn markah 90++. Apa jadi bila aku target A je? Usually aku akan dapat B. Why? Aku pun tak pasti. Mungkin usaha yg kita rasakan cukup tu sebenarnya tak cukup pun untuk capai target kita, dan semakin besar impian kita confirm la semakin kuat usaha kita.

 

Tinggalkan komen »