ZULAISYA

Bila Dua Dunia Bersatu

Pertemuan Pertama Dengan Herbalife

di April 15, 2012

Macam jiwang pulak tajuk kat atas ni. Haha. Tapi, pertemuan ni la antara yg terpenting dalam hidup aku sebab lepas tu segala2nya berubah. Mula2 aku perkenalkan dulu coach aku, iaitu orang yg memperkenalkan aku dgn Herbalife dan yg membimbing aku dipermulaan aku guna produk ni.

1 – Coach merangkap Upline: Mohd Azzizi Azzizan

Hilang 10kg

Dia ni member lama jugak, lebih 10 tahun kot dah kenal sebab dulu sama sekolah. Al-kisahnya dia dah guna produk dan dapat hasil yg best dan aku pun teruja jugak utk dapat hasil yg sama. Actually yg bawak aku jumpa coach aku ni adalah member aku yg lain pulak, namanya Nasuha. Dia tak guna produk pun, tapi ayah dia yg guna. Aku ajak Nasuha temankan aku jumpa Azzizi utk tahu pasal produk.

Masa ni aku memang sangat2 terdesak utk turunkan berat badan sebab masa tu berat aku paling maksimum iaitu mencecah 73kg. Mula2 dia scan (cek lemak, air, otot segala) aku belum decide nak beli lagi. So, aku introduce dulu kat member aku sama training kat office. Nama dia Richie. So, Richie yg sebenarnya beli dulu then aku tengok dia beli aku pun nak beli jugak. (End up Richie pulak yg jadi customer aku lepas tu. Haha.)

Coach aku ni follow-up guna SMS je, simple sebab ktorang dah lama kenal so takyah la nak formal2 sangat kot. Masa tu bulan puasa, memang tu la first time aku rasa puasa lain macam sket. Dulu bila bulan puasa aku paling liat nak bangun sahur. Tapi sebab nak minum shake punya pasal, aku tak pernah miss sahur sepanjang bulan Ramadhan tahun tu. Alhamdulillah.

2 – Mentor: Cikgu Razak

Walaupun cikgu Razak ni super-duper upline aku (kira pangkat moyang) sebab dia upline kepada upline coach aku punya upline. Jangan pening. Tapi kira kalau dalam level Herbalife, dia tak dapat Royalti pun dari aku, tapi Bonus ada. Hah. Aku dah memeningkan kepala korang lagi (bagi non-distributor sila abaikan). Cikgu Razak ni banyak tolong aku dari segi keyakinan diri aku, bagi tips2 utk buat bisnes dan tak pernah lokek ilmu. Banyak yg aku belajar dari dia.

Dua orang ni sangat banyak memberi inspirasi dan banyak membimbing aku dipermulaan perjalanan aku sebagai Herbalife Distributor. Thank you. May Allah bless u, Azzizi and Cikgu Razak.

OK. Berbalik semula dengan topik di atas. Sebenarnya pertemuan aku dengan coach aku tu bukanlah pertama kali aku di introduce dengan herbalife. Rupa2nya lepas dah guna produk baru la aku teringat yg sebelum ni member aku pernah suruh aku try rasa shake yg dia buat. Masa tu dia dah ambik produk. Nama dia Niah, dia pun salah seorang best-friend aku yg aku dah kenal lebih 10 tahun. Lepas dia bagi aku rasa tu actually tak lama lepas tu dia stop ambik produk. Then, aku plak baru nak start minum. Bila aku decide nak buat bisnes, aku pulak yg suruh dia join bisnes and start balik ambik herbalife. Lastly, dia jadi downline aku walaupun sebenarnya dia org pertama yg bagi aku rasa free sample shake herbalife! Haha.

 

Tapi, tu bukan jugak pertama kali aku dengar pasal herbalife.

Bila aku imbas balik zaman kolej dulu rupa2nya aku pernah dengar nama herbalife ni. Masa tu ktorang join pertandingan buat research pasal alternative medicine utk fakulti ktorang dan group aku dapat nombor brapa aku pun tak ingat. Haha. Tapi yg pentingnya, hadiah ktorang ialah produk Herbalife! Malangnya disebabkan group ktorang ramai, dan produk tu pulak 1 je jadi takleh la nak kongsi. So, hadiah tu diserahkan kepada salah seorang ahli group ktorang sebab semua yg lain tak berminat nak hadiah tu pasal tak tau apa benda la Herbalife ni.

Bila difikirkan balik, seolah2 dari dulu lagi Allah nak temukan aku dgn Herbalife tapi aku tak perasan. And it keeps on coming to me. Sampai la aku terbukak hati utk mencuba produk. Bila dah rasa kesannya yg menakjubkan, aku mula berminat dengan bisnes pulak. Walaupun aku boleh memilih utk makan gaji dengan ijazah yg aku ada, aku buat keputusan utk bersama Herbalife. Thank you Allah for this opportunity.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: