ZULAISYA

Bila Dua Dunia Bersatu

Peristiwa Sebelum ke Extravaganza Bangkok 2011

di April 14, 2012

Perkara ni dah berlalu hampir setahun yg lepas, ye lah since next month is the Extravaganza 2012 in Singapore.

Sebelum membuat keputusan untuk attend event ni, aku buat solat istikharah dulu sebab:
1 – Benda ni baru bagi aku. Baru sebab aku TAK PERNAH ke luar negara.
2 – Aku TAKDE INTERNATIONAL PASSPORT.
3 – DUIT TAK CUKUP sedangkan masa tu sebulan lagi untuk event tu.
4 – Makbapak aku TAK SETUJU aku pergi event yg dorang rasa ‘membazir’ duit.

Akhirnya lepas buat solat istikharah hati aku jadi makin kuat nak pergi. Aku tak mengalami apa2 mimpi petunjuk macam apa yg orang selalu cakap tu. Setelah mengatasi semua 4 perkara di atas, aku bersedia untuk pergi.

Tibalah hari yg dinanti2kan tu. Guess what happen, tak semuanya berjalan lancar.

3 jam sebelum flight, aku dah kemas2 barang dan ready untuk ke airport. Kalau ikutkan plan, aku akan ke rumah kawan aku utk tinggalkan kereta kat rumah dia lepas dia hantar aku ke airport. Aku dah siap kunci la rumah segala, beg semua dah bawak. Then, aku baru sedar kunci rumah dan kunci kereta tertinggal dalam rumah.

Ya Allah, apa makna semua ni. Ada kah ini petanda supaya aku tak pergi. Then, aku duduk tenangkan diri jap. Aku tenangkan hati, mungkin ini adalah pertanyaan Allah pada aku, ‘adakah kau betul2 nak pergi?’. Dan dengan yakin aku bercakap sorang diri, ‘yes, aku memang betul2 nak attend event ni sebab aku nak kejar impian aku!’.

Dengan pertolongan jiran, pintu pun dapat dibukak lepas sejam berlalu. Segala peralatan tukul, gergaji semua digunakan. Haha. Then baru aku realize, aku dah lambat ke airport! Sampai je ke airport seperti yg aku jangkakan kaunter check-in dah ditutup. Memang berdebar2 sangat masa tu takut takleh pergi, tapi aku belum give up lagi! Nasib baik ada staff yg tolong aku sebab flight berlum berlepas lagi. Alhamdulillah lepas tu segalanya berjalan lancar. Aku naik flight sorang2 dari kuching ke KL, jumpa member kat sana then bermula lah perjalanan ke Bangkok utk Extravaganza.

Menghadiri event ni menjadikan aku semakin yakin dengan jalan yg aku pilih ni, menjadikan aku semakin yakin bahawa aku BOLEH MENCAPAI IMPIAN AKU. Berjumpa kawan2 baru, pengalaman baru, kumpul macam2 testimoni baru. Lepas event tu, aku decide Herbalife will be my lifetime career.

Alhamdulillah ya Allah sebab bagi aku peluang ni. Semoga perjalanan aku tak berhenti di tengah jalan dan terus memburu impian aku selagi aku masih bernafas. InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: